Penyokong Saiful Nafi Dibayar

Putrajaya – Penyokong Saiful Bukhari Azlan menafikan bahawa mereka diupah oleh pihak tertentu untuk datang ke Istana Kehakiman hari ini untuk memberi sokongan kepada invidu terbabit dalam Rayuan Kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis),Ramlan Abu Bakar berkata, beliau dan penyokong lain hadir memberi sokongan moral kepada Saiful atas kerelaan sendiri dan tiada tajaan dari mana-mana pihak seperti yang gembar-gemburkan sebelum ini.

“Kami ada maruah, kami datang ke sini hari ini bukan kerana terima bayaran. Kami datang kerana merasakan Saiful adalah insan teraniaya oleh Anwar.

“Kami datang ni pun guna duit sendiri, tak perlu orang bagi upah baru nak datang. Tapi penyokong Anwar saya tak tahulah macam mana? Siap datang dengan bas lagi.

“Ada yang datang dari jauh semata-mata nak sokong dia (Anwar) sahaja. Kos tinggi tu. Kami ni dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja,” katanya.

Ramlan berkata, apa yang diperakatakan sebelum ini bahawa penyokong Saiful menerima bayaran adalah fitnah.

Ketika ditanya bahawa kelmarin terdapat penyokong Saiful yang mengaku menerima upah RM50 seorang, Ramlan berkata sesiapa sahaja boleh mengaku penyokong Saiful.

“Siapa sahaja boleh kata dia penyokong Saiful, tapi entah betul atau tidak. Mungkin ini juga cara untuk memburukkan kami,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.