Orang Awam Panik, Sangkakan Beg Berisi Bom

Kuala Lumpur – Sebuah beg yang ditinggalkan di hadapan sebuah bank di Medan Tuanku di ibu negara mencetuskan suasana panik apabila orang awam menyangkakan beg tersebut berisi bom.

Kejadian disedari kira-kira jam 9.30 pagi tadi apabila pekerja bank berkenaan sebelum memulakan operasi.

Menurut saksi, beg itu ditinggalkan seorang individu yang tidak dikenali.

Bagaimanapun timbul rasa curiga selepas beg terbabit tidak berganjak atau diambil individu itu.

Atas faktor keselamatan, saksi bertindak membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang tadi.

Sepasukan unit pemusnah bom UPB dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah, hasil pemeriksaan mendapati beg terbabit hanya mengandungi pakaian.

Namun siasatan turut dijalankan termasuk mengenal pasti motif sebenar beg berkenaan ditinggalkan.

Rakaman kamera litar tertutup CCTV juga dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.