Muhyiddin Terima Kunjungan Hormat Dr. Mohamed Jamil Ahmed, Naib Presiden Maldives

Putrajaya – Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Republik Maldives, Dr Mohamed Jameel Ahmed di pejabatnya di sini.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira 30 minit.

Kunjungan empat hari Dr Mohamed Jameel ke Malaysia bermula 29 Oktober adalah atas undangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Semalam, beliau menyampaikan ucaptama di Global Forum yang diadakan di UIAM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.