Mayat Ditemui Terapung Dalam Longgokan Sampah

Seremban – Mayat seorang lelaki ditemui terapung bersama longgokan sampah di permukaan Sungai Rantau di Kampung Seliau Hilir, Rantau di sini, tengah hari tadi.

Pegawai Operasi dari Bomba dan Penyelamat Senawang, Ariffin Isa, berkata mayat itu ditemui kira-kira jam 1.14 tengah hari.

“Mayat tersebut didapati telah kembung dan kulitnya menggelupas. Identiti mayat tidak dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang bukti pengenalan diri ditemui pada mayat itu,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.