Video: Ibu Tunggal Kerja Di Permis Judi Haram Untuk Sara Keluarga

Kuala Lumpur – Seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Fiona,34 mendakwa terpaksa bekerja di permis perjudian haram demi menyara anak-anak dan keluarganya.

Beliau yang ditemui ketika Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) baru-baru ini berkata baru bekerja di permis perjudian tersebut sebelum diserbu pihak berkuasa.

Menurut Fiona rata-rata pelanggan yang datang berjudi adalah merupakan pelanggan tetap yang terdiri daripada kaum Melayu dan Cina.

“Tak semua pelanggan boleh masuk.

“Kalau kenal baru kami buka pintu tapi kalau was-was mereka tidak akan dibenarkan masuk” ujarnya kepada SuaraTV.

Dalam serbuan yang dilakukan pada malam itu, pihak berkuasa turut menahan 5 orang suspek berketurunan Melayu, berumur 25 – 40 tahun yang sedang leka bermain mesin judi haram.

Mereka yang ditahan telah dibawa ke ibu pejabat Agensi Dadah Kebangsaan untuk menjalani ujian air kencing sebelum didakwa di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan sebelum ini berkata, pihak bertekad untuk mengempur habis-habisan bagi membanteras  kegiatan judi haram dan maksiat yang dikatakan semakin berleluasa di ibu kota.

Menurutnya pihaknya akan sentiasa komited dengan usaha tersebut dalam memastikan warga ibu kota dapat hidup dari sebarang unsur yang tidak sihat itu.

 

Berikut adalah rakaman temubual beliau bersama SuaraTV:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.