Hampir 1,000 Penyokong Saiful Berhimpun

Putrajaya – Lebih 1000 orang penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan memenuhi pekarangan Kompleks Mahkamah Kehakiman Putrajaya, di sini, pagi ini.

Ia bagi menyatakan solidariti kepada Saiful berhubung rayuan kes liwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula didengar panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sejak semalam. Ini selari meningkatkannya Penyokong kepada DS Anwar Ibrahim

Selain laungan mempertahankan Saiful, penyokong terbabit yang majoritinya adalah anak muda turut membawa sepanduk tertera tulisan “Justice for Saiful”, “We are the people, we demand justice for the victim Saiful” serta “PKR, Anwar, don’t threaten the court”.

Perbicaraan kes rayuan liwat 2 bersambung pada hari ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan melanjutkannya sehingga tiga hari disebabkan jumlah penghujahan yang dikemukakan barisan peguam bela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.