Hafiz Sudah Berpunya, Rancang Bertunang Tahun Depan

Kuala Lumpur – Meskipun penyanyi Hafiz Suip, 24, masih tidak mahu berkongsi tentang identiti kekasihnya kepada umum buat masa ini, namun pelantun lagu ‘Matahari’ ini memberitahu, dia merancang untuk bertunang dengan gadis pilihannya itu pada sekitar tahun hadapan.

“Si dia masih lagi berlajar dan saya hormat privasi dia untuk dia habiskan pengajiannya dalam jurusan perakaunan. Dia pun baru berumur 22 tahun. Dia akan tamat pengajian pada 2016.

“InsyaAllah kami akan bertunang dulu dan perancangan dalam tahun hadapan”, katana ketika ditemui pada sidang media konsert ‘Krisdayanti (KD) Live in KL 2014’ bertempat di hotel Royal Chulan.

Hafiz telah dipilih menerusi hasil lebih 20, 000 undian peminat di laman Facebook pihak penganjur, One Drop Perfumes, sebagai artis jemputan untuk konsert diva Pop Indonesia itu yang akan berlangsung pada 22 November ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen KLCC.

Mengigil Jumpa KD

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihannya bakal menyanyi bersama Kris Dayanti, Hafiz berkata dia cukup teruja dan berbangga namun dalam masa sama gementar apabila bakal berpeluang berduet dengan penghibur tersohor berkenaan.

“Saya dapat berita ni empat hari lalu. Masa saya tahu yang saya tersenarai sebagai artis yang akan dipilih, saya beritahu pengurusan saya yang saya memang nak sangat duet dengan KD. Siapa yang tak nak mahu berduet dengan KD, kan.

“Beliau juga salah seorang idola saya dan memang saya kagumi. Saya suka lagu-lagu beliau seperti ‘Mencintaimu’ dan ‘Tanpamu’ (lagu duet bersama Datuk Siti Nurhaliza). Saya sangat berbesar hati dan rasa dapat menyanyi bersama KD”, ujar

Jelas keterujaan Hafiz tidak dapat disembunyikan tatkala saat pertama kali bertemu dengan KD sewaktu muncul di sidang media, semalam.

“Terus-terang, saya mengigil ni dapat jumpa dengan KD. Ini pertama kali saya bertentang mata dengan beliau”, katanya kepada pihak media.

Berkongsi mengenai persiapannya untuk penampilannya, Hafiz berkata dia akan mengikuti kelas vokal bersama cikgu Shafie.

“Kita tahu KD adalah satu nama besar dalam industri di Indonesia dan Malaysia. Jadi bila dapat peluang ni saya anggap ia satu tugasan dan saya serius. Saya akan ambil kelas vokal dengan cikgu Shafie untuk memantapkan lagi vokal saya.

“Lagipun ini konsert KD dan ramai yang tahu keupayaan beliau. Jadi saya saya pun mestilah nampak setanding. Kesempatan dapat buat persembahan dengan beliau ni juga sebagai salah satu profil saya untuk saya kembangkan perjalanan seni saya”, ujarnya yang juga sebelum ini pernah berduet dengan dua lagi diva popular, Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ Rossa.

Pada itu konsert itu nanti Hafiz tampil secara solo dengan sebuah singlenya dan akan berduet dengan KD menerusi lagu ‘Cinta’ dan ‘Ombak Rindu’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.