Dyana, Zairil Masih Gagal Nafikan, Jika Fitnah.. Buktikan

Kuala Lumpur – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang masih tidak membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran gambar intimnya bersama Dyana Sofea seolah-olah membenarkan segala dakwaan berhubung hubungan sulit yang berlaku antara beliau dan Dyana Sofea.

Sekiranya perkara ini merupakan fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan karier politiknya dengan Dyana, Zairil sepatutnya tidak bertangguh untuk membuat laporan polis agar keadilan dapat ditegakkan.

“Ketika tersebarnya gambar tersebut, Zairil kata beliau akan buat laporan polis bagi membersihkan imej dirinya, Dyana dan juga Dap. Namun akhirnya beliau menarik balik keputusannya untuk membuat laporan polis atas sebab-sebab tertentu.

“Bagaimana, sehingga ke hari ini, tidak ada sebarang laporan polis yang dibuat. Tindakan Zairil yang tidak berani meneruskan laporannya itu bagaikan mengesahkan lagi dakwaan tersebut, di mana tersebar di laman sosial gambar tersebut dimuat naikkan oleh isterinya sendiri.

“Sekiranya Zairil terus berdiam diri maka terbuktilah salah lakunya itu benar dan tidak perlulah Zairil menuduh pihak lain cuba mensabotaj karier politik beliau serta nama parti yang beliau wakili,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Berhubung itu, beliau juga menyifatkan tidak ada kelebihannya bagi orang Melayu yang menyertai Dap di mana kononnya ia merupakan parti yang lebih terbuka dan lebih baik daripada parti-parti Melayu yang lain seperti UMNO.

“Perbuatan Zairil dan Sofea yang didedahkan itu memperlihatkan kepimpinan Dap tidaklah sehebat mana kerana sebelum ini mereka mendakwa bahawa Dap merupakan sebuah parti berintergriti dan berwibawa.

“Mungkin pemimpin Dap akan berkata bahawa ini adalah isu peribadi namun dalam hal ini, Zairil dan Dyana merupakan pemimpin generasi muda di dalam Dap yang cuba dijadikan ikon bagi menarik anak muda Melayu masuk Dap.

“Jika beginilah budaya di dalam Dap, apakah akan jadi pada masa depan anak muda bangsa Melayu dengan contoh yang ditunjukkan oleh kepimpinan muda Melayu di dalam Dap seperti Zairil dan Dyana ini?,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.