Mohd Fauzi Sumbang Pingat Emas Ke-6 Untuk Malaysia

JAKARTA – Atlet sukan layar negara, Mohd. Fauzi Kaman Shah, 16, berjaya meyumbang satu lagi pingat emas buat negara di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 menerusi acara menerusi acara Laser Open 4.7 petang tadi.

Acara pelayaran yang berlangsung di Pusat Pelayaran Antarabangsa Indonesia, Ancol, turut menyaksikan satu pingat perak dan dua gangsa digondol skuad negara.

Khairulnizam Mohd. Afendy menyumbang pingat perak menerusi acara Laser Standard manakala Nur Fatin Solehah-Ilham Wahab menyumbang pingat gangsa menerusi acara Mixed RS One. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.