Kereta Mewah Porsche Musnah Terbakar Di Genting Highland

GENTING HIGHLANDS – Sebuah kereta mewah jenama Porsche musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kilometer 36 Jalan Naik Genting Highlands, di sini, malam tadi.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Shukor Hashim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9 malam.

“Seramai tiga anggota APM termasuk dari Pasukan Bantuan APM Genting Highlands dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kami mendapati api sedang marak sebelum beberapa anggota Fire Rescue Unit dari Genting Highlands berjaya memadamkan kebakaran beberapa minit kemudian,” katanya.

Shukor berkata, ketika kejadian, pemandu dan penumpang kereta berkenaan tiada di lokasi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.