Kakak Sulung Saiful Apek Meninggal Dunia

PELAWAK popular, Saiful Apek berkongsi rasa dukanya setelah kehilangan kakak sulungnya, Fatimah Be Hussain pada Sabtu lepas.

Kongsi Apek, kali terakhir dia bertemu kakaknya itu sekitar dua tahun lalu dalam keadaan kurang sihat.

“Kakak sulung saya (kandung sebapa, lain ibu) telah pulang ke Rahmatullah pada 25/8/2018 (Sabtu lepas) pukul 3 petang dan telah selamat dikebumikan di Bukit Hijau, Baling.

“Kali terakhir jumpa dua tahun lepas, dalam keadaan beliau tidak berapa sihat,” tulisnya di Instagram.

Menceritakan kembali, Apek mengetahui pertalian darahnya yang terputus sejak 40 tahun lalu itu ketika mempromosi filem pada tahun 2008.

“Setelah berpisah hampir lebih 40 tahun, berjumpa buat kali pertama semasa sedang promosi filem di Penang lebih kurang 10 tahun dulu (2007/2008).

“Ketika itu saya sedang berada di dalam kanopi belakang pentas dalam sebuah mall, bila saya diberitahu oleh seorang pengawal keselamatan, ada seorang perempuan berumur teringin nak jumpa dan katanya dia kakak sulung saya.

“Mula-mula terfikir jua, saya ni yang paling sulung dan macam mana pula saya boleh ada kakak?

“Saya pun minta guard tu bawa masuk dan terus beliau menerpa memeluk saya dalam keadaan teresak-esak, hingga kena tunggu hampir 15 minit untuk tenangkan keadaan sebab tak dapat nak faham apa yang dicakapkan dalam keadaan sebegitu.

“Akhirnya diceritakan situasi dan siapa dirinya yang sebenar. Lepas tu, saya pula yang peluk sambil menangis teresak-esak.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, tiada kejadian yang dijadikan kebetulan,” tambahnya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.