Anwar Beri Bayangan Tanding Parlimen Oktober Ini

PETALING JAYA ― Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan beliau akan kembali menjadi ahli parlimen beberapa bulan lagi.

“Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke Parlimen, insya-Allah jika menang sebelum hujung tahun… mungkin Oktober,” kata ketua umum PKR seperti dilapor Berita Harian.

Belum memutuskan kerusi yang bakal ditandingi, beliau mengakui sedang mempertimbang beberapa kawasan, lapor Berita Harian.

“Saya ada pertimbangkan satu kerusi ini, beliau menawarkan kepada saya tetapi apabila dilihat prestasi, beliau seorang ahli Parlimen yang sangat baik… saya rasa rugi pula, jadi semuanya sedang dipertimbangkan,” katanya.

Beberapa pemimpin PKR sebelum ini dilapor menyatakan kesediaan menawarkan kerusi mereka kepada Anwar.

Mereka termasuklah antaranya Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen dan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul.

Namun, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah dilapor enggan melepaskan kerusi Parlimen Pandan serta Permatang Pauh.

Beberapa ahli parlimen lain juga didakwa media mahu mengosongkan kerusi untuk Anwar tetapi mereka menafikannya

Perjanjian Pakatan Harapan menetapkan Anwar sebagai perdana menteri kelapan. – MalayMail

One thought on “Anwar Beri Bayangan Tanding Parlimen Oktober Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.