Perlis Rai Kelahiran Bayi Merdeka

KANGAR – Tujuh bayi lelaki dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, hari ini, sehingga jam 9.30 pagi tadi.

Bayi pertama dilahirkan pada jam 12.49 tengah malam oleh Ku Irsyuhada Ku Ahmad, 25, dengan berat 3.08 kilogram (kg).

Pengerusi Lembaga Pelawat HTF, Ali Ismail, berkata semua bayi berkenaan dilahirkan antara jam 12.49 tengah malam sehingga 9.21 pagi.

“Kami menjangkakan dua bayi lagi dilahirkan hari ini jika tiada apa-apa halangan,” katanya pada majlis meraikan bayi merdeka HTF, pagi tadi.

Yang turut hadir, isteri Menteri Besar Perlis, Datin Seri Nor Aswana Omar.

Sementara itu, suami Ku Irsyuhada, Amirul Ahmad, 28, tidak menyangka menyambut kelahiran anak sulung pada tarikh penuh bermakna.

“Isteri saya dijadualkan bersalin semalam, namun ini rezeki kami.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan diharapkan anak kami ini dapat menjadi pemimpin yang beriman,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.