Video: Suspek Letupan Di Dataran Merdeka, Berjaya Ditangkap

Kuala Lumpur – Bersih 4.0 dicemari dengan satu letupan kuat di simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut, berhampiran air terjun buatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Menurut saksi dua suspek lelaki yang melemparkan mercun itu dilaporkan cedera ketika ditangkap orang ramai yang berada berhampiran lokasi.

 

 

Suspek berjaya ditahan di kawasan tempat letak kereta sebelah Hotel Swiss.

 

Letupan yang dipercayai berpunca daripada mercun itu berlaku ketika aktivis Bersih 2.0, Hishamuddin Rais berucap, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

 

Insiden itu telah menyebabkan berlaku sedikit kecoh namun kembali reda beberapa minit kemudian apabila pihak penganjur berjaya menenangkan suasana.

 

Menurut saksi itu lagi lelaki tersebut dikatakan mengucap dan beristighfar sewaktu ditahan petugas dengan air liur yang meleleh.

 

Petugas perubatan yang berada ditempat kejadian kemudianya memberikan rawatan perubatan kepada suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

 

Selang beberapa minit kemudian, sebuah ambulan yang kebetulan berada di situ mula bergerak meninggalkan lokasi terbabit.

 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ambulan itu membawa sebarang pesakit atau mangsa letupan mercun berkenaan.

 

Sementara itu, The Star Online melaporkan terdapat beberapa peserta perhimpunan mengalami kecedaraan ringan akibat terkena mercun yang dilemparkan ke arah mereka. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.