Video: ‘Kalau Mukhriz Ada Maruah, Beliau Perlu Letak Jawatan’

Kuala Lumpur – Masyarakat Bukit Lada Kedah, menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir letak jawatan.

 

Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, selama tiga tahun beliau memerintah negeri Kedah, masih tiada pembaharuan yang telah dilakukan di oleh menteri besar itu.

 

Malah, menurutnya segala janji yang ditabur untuk menang PRU yang lalu, hanyalah merupakan janji dan harapan palsu belaka.

 

 

Ahmad berkata, tiada sebarang pembinaan dilakukan termasuklah untuk membina litar lumba, lapangan terbang juga tidak menampakkan hasil sekali gus membuktikan bahawa Mukhriz belum mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang menteri besar.

 

“Tidak ada apa-apa pembangunan yang telah dilakukan di Kedah. Semuanya tidak dapat dilaksanakan. Kedah jumud dari segi pembangunannya.

 

“Malah peruntukan bagi kerajaan negeri tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Saya difahamkan kontraktor-kontraktor yang membuat kerja- kerjanya di Kedah, sedang ditangguhkan pembayaran mereka. Malah, hubungannya dengan rakyat jelata sendiri tidak berlaku dengan baik.

 

“Cuma yang ada hanyalah ‘selfie- selfie’ yang dilakukannya apabila mereka turun bersama masyarakat,”katanya mendakwa menteri besar Kedah hanya tahu berselfie untuk meraih populariti.

 

Menurut Ahmad lagi, beliau yakin jika tiada tindakan diambil, BN bakal berdepan satu lagi kegagalan pada pilihan raya yang ke 14 ini.

 

Selain itu, beliau turut mencadangkan secara terhormat supaya Mukhriz mengundur diri secara terhormat. Ini kerana Tun Mahathir, Dr Siti Hasmah dan Marina telah dilihat turun ke perhimpunan Bersih 4.0 bersama-sama untuk menentang kepimpinan perdana menteri.

 

“Adakah ini bermakna beliau (Mukhriz) membuat tindakan berkecuali menyatakan sokongannya kepada perdana menteri yang melantik beliau selama ini. Yang melatih beliau untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.

 

“Kalau beliau tidak mahu mengundur diri, saya berpendapat perdana menteri perlu mengambil satu tindakan untuk menukarkan beliau kepada sesiapapun,”katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.