Video: ADUN Kedah Desak UMNO Pecat Dr Mahathir

Kuala Lumpur – Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin menyifatkan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir dalam himpunan haram Bersih 4.0 sebagai satu pengkhianatan kepada perjuangan UMNO.

 

Beliau ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi berkata, gerakan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang negarawan.

 

“Saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Tun Mahathir yang hadir selama dua hari berturut-turut dalam perhimpunan Bersih yang dilakukan sempena hari kemerdekaan baru-baru, ia merupakan satu tindakan yang tidak adil dan menyebabkan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia (khususnya) ahli-ahli UMNO.

 

“Sedangkan ketika zaman pemeritahannya, beliau menganggap perhimpunan Bersih ini sebagai jahat, yahudi, anjing dan sebagainya tetapi hari ini beliau sendiri turun dalam perhimpunan itu untuk menjatuhkan Perdana Menteri” katanya kepada SuaraTV dalam satu wawancara yang diadakan di ibukota, petang tadi pada Isnin.

 

 

Bekas Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena itu mendesak agar Lembaga Disiplin atau Majlis Tertinggi UMNO memecat keahlian Dr Mahathir atas tindakannya menyokong perhimpunan haram itu.

 

“Ia tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang diangap negarawan (kerana) di masa sahaja beliau menghentam Perdana Menteri seperti di forum, seminar dan sebagainya (dan) tindakan Tun Mahathir itu telah memberikan satu pandangan yang serong kepada masyarakat.

 

“Oleh kerana Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan bermesyuarat tidak beberapa hari lagi saya ingin mencadangkan Lembaga Disiplin atau Majlis Tertinggi untuk memecat Tun Mahathir.” katanya lagi.

 

Menurut Ahmad lagi tindakan itu bagi memudahkan ahli dan kepimpinan parti untuk sama-sama menentang Dr Mahathir yang ingin merosakkan parti.

 

Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai duri dalam daging dalam perjuangan UMNO.

 

Walaupun hadir dalam himpunan  yang diadakan di Dataran Meredeka itu semalam, Dr Mahathir bagaimanapun tidak kelihatan dalam kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pagi tadi.

 

Selain anggota Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Yang Dipertuan Agong, hanya bekas perdana menteri keempat Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat berkongsi pentas bersama mereka dalam himpunan yang dihadiri ribuan rakyat itu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.