Valentino Rossi Juarai MotoGP British

London – Pelumba Itali, Valentino Rossi memenangi perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) British di Litar Silverstone di sini, semalam, lapor AFP.

 

Ia adalah kejuaraan keempat dimenanginya pada musim ini, sekali gus melonjakkan pada kedudukan teratas senarai pelumba kejohanan dunia.

 

Dalam suasana litar basah itu, Rossi yang menunggang Yamaha mudah menewaskan pencabar terdekat, dua pelumba Ducati, Danilo Petrucci di tempat kedua dan Andrea Dovizioso (ketiga).

 

Bermula dari petak keenam, Rossi menggunakan segala pengalamannya untuk menguasai perlumbaan dan sekali gus meraih kejuaraan dunia kesembilan buat dirinya.

 

Penyandang juara, Marc Marquez daripada Sepanyol menerima malang, meskipun menduduki petak pertama pada garis permulaan, apabila gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh tatkala tinggal lapan pusingan lagi untuk ditamatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.