Tak Sengaja Warnakan Rambut – Aisyah Aziz

Tindakan drastik penyanyi Aisyah Aziz mewarnakan rambut dengan gabungan ungu dan kelabu mengundang reaksi pelbagai pihak.

 

Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 20, berkata, perubahan imej itu dibuat secara spontan. Namun beliau enggan melatah dengan komen negatif yang diberikan oleh orang ramai.

 

“Sebenarnya saya tidak merancang mewarnakan rambut kerana tujuan asal saya ke salun adalah untuk memotong dan membuat rawatan rambut.

 

“Secara spontan saya membuat keputusan menggabungkan dua warna kegemaran iaitu ungu dan kelabu. Saya enggan ambil pusing kata-kata orang kerana berpendapat setiap individu mempunyai pandangan tersendiri.

 

“Menarik juga membaca komen-komen yang ditinggalkan di akaun Instagram milik saya kerana tidak sangka orang memberi perhatian kepada perlakuan dan imej saya.

 

“Biarlah jika ada pihak kata saya meniru imej Kylie Jenner atau saya nampak tua dengan warna rambut ini, saya terima saja. “Jujur saya katakan, ummi saya juga tidak menyukai imej baru saya ini namun dia menegur secara baik,” katanya.

 

Aisyah yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), berkata beliau sudah lama menyimpan impian untuk menggubah warna rambut, tetapi tidak mempunyai keberanian dan kekuatan berbuat demikian. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.