Pengguna Media Sosial Kecam Tindakan Peserta Bersih Kencing Atas Mural PM

Kuala Lumpur – Pelbagai cara dilakukan oleh peserta himpunan Bersih 4.0 untuk menzahirkan kebencian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sehingga ada yang sanggup melakukan tindakan yang melampaui batas.

 

Antara aksi yang paling mengundang cemuhan umum ialah rakaman foto yang memaparkan kelakuan seorang peserta yang kencing berhampiran mural lukisan yang memaparkan wajah Perdana Menteri.

 

Lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Will Choong itu memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan dirinya sedang kencing ke atas gambar Najib.

 

“#jib #Bersih #bersih4 #bersih40 #malaysia” ujar penyokong himpunan haram Bersih itu di laman Instagramnya semalam.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, tindakannya itu kemudinnya dikecam oleh pengguna media sosial yang lain sambil menyifatkan ia sebagai tindakan yang kurang ajar.

 

Cina Kurang ajar

Terdahulu seorang peserta wanita himpunan haram tersebut turut dilaporkan bertindak biadap dengan memijak gambar Perdana Menteri dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi berkata, sedang menyiasat perkara itu.

 

Menurutnya polis menerima 27 laporan mengenai perhimpunan Bersih 4 sehingga jam 10.45 malam tadi dan membuka 5 kertas siasatan.

 

Tajudin berkata 14 daripada laporan itu dibuat kelmarin dan selebihnya dibuat semalam.

 

Beliau berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

 

Selain itu bunyi bising tiupan trompet vuvuzela yang mengganggu ketenangan jemaah untuk solat di Masjid Jamek turut mengundang kecaman masyarakat.

 

Dalam perkembangan yang sama, beberapa kekecohan kecil dilaporkan berlaku membabitkan peserta Bersih dengan pihak media susulan arahan pihak polis supaya perhimpunan bersurai tengah malam tadi. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.