Pengutip Hutang Maut Ditembak

Georgetwon – Seorang lelaki ditembak mati oleh individu tidak dikenali ketika menunggang motosikalnya di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, pagi tadi.

 

Dalam insiden jam 8.30 pagi itu, mangsa berumur 31 tahun yang juga pengutip hutang dikatakan sedang menunggang motosikal dari Jelutong ke Gelugor.

 

Ketika dalam perjalanan, muncul individu tidak dikenali dari lorong kanan sebelum menghampiri motosikal mangsa dan melepaskan tembakan menyebabkan mangsa jatuh.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad berkata, motif pembunuhan masih belum dipastikan dan siasatan awal mendapati mangsa ditembak dari jarak dekat.

 

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas mayat mangsa menemui beberapa kesan tembakan pada kepala dan badan yang mungkin menyebabkan kematian mangsa.

 

“Namun tidak dapat dipastikan sama ada suspek menunggang motosikal atau menaiki kereta tetapi kami akan meneliti hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memastikannya.

 

“Siasatan forensik masih dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden termasuk mengesan identiti. Suspek,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

 

Kes itu katanya disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

Turut berada di tempat kejadian, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Alathrash Wahid dan Ketua Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.