Penasihat Editorial Malaysiakini Dakwa Bersih Gagal

Kuala Lumpur – Penasihat Editorial Malaysiakini, Fathi Aris Omar menyifatkan penganjuran perhimpunan haram Bersih 4.0 selama dua hari itu gagal.

 

Fathi yang memuat naik statusnya menerusi laman sosial ‘Facebook’ berkata, demonstrasi yang berlangsung selama dua hari itu seharusnya dilanjutkan lagi sehingga 2.6 hari.

 

Fathi juga turut mengaitkan mantan perdana menteri Tun Mahathir sekiranya perhimpunan itu dilanjutkan sudah tentu Dr Mahathir akan turut serta selama 2.6 hari sebagai tanda protes terhadap Datuk Seri Najib yang sebelum ini dikaitkan dengan isu wang 1MDB sebanyak RM2.6 bilion.

 

“Walau berjaya anjur perhimpunan 34 jam, Bersih sebenarnya gagal. Sangat gagal.

 

“Sepatutnya Bersih anjurkan demonstrasi selama 2.6 hari. Barulah Dr Mahathir Mohamad boleh hadir 2.6 kali ke demonstrasi itu” katanya melalui akaun sesawang Facebook semalam.

 

Beliau turut mencadangkan agar pihak penganjur mengadakan satu lagi himpunan yang dikenali sebagai Bersih 2.6.

 

“Saya agak saya berjalan lebih 2.6 kilometer dari Kg Atap, Kuala Kumpur untuk ke perhimpunan bersih. Tidak mengapalah jika Bersih 2.0 gagal menganjurkan perhimpunan selama 2.6 hari.

 

“Kita bentuk gabungan lain dan kita namakannya sebagai bersih 2.6 pula,” tulisnya mengakhiri status terserbut.

 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima 27 laporan mengenai perhimpunan yang diadakan itu.

 

Tajudin berkata 14 daripada laporan itu dibuat kelmarin dan selebihnya telah dibuat semalam dan sebanyak 5 kertas siasatan telah dibuka.

 

Beliau turut berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.