Australia Gesa Negara Eropah Bantu Serang IS

Sydney – Australia hari ini menggesa lebih banyak negara Eropah memulakan serangan udara ke atas kumpulan IS di Syria dan Iraq sebagai usaha menangani krisis pendatang yang melanda benua itu.

 

Menteri Luar, Julie Bishop, berkata kumpulan militan itu bertanggungjawab membuatkan ratusan ribu pendatang lari ke Eropah dan pembesaran pakatan memerangi mereka adalah amat perlu.

 

“Lebih 40 peratus mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Eropah adalah dari Syria dan kita perlukan barisan mantap bagi mengalahkan pertubuhan pengganas yang menyebabkan ramai orang melarikan diri.

 

“Kini terdapat kira-kira 60 negara yang membantu pakatan yang diketuai AS itu. Tetapi lebih banyak negara yang boleh membantu dalam serangan udara yang terbukti berkesan mengekang Daesh (IS) daripada merampas wilayah berdaulat daripada kerajaan dan melakukan keganasan melampau,” katanya kepada pemberita di Sydney. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.