Anak TPM Dakwa Bersih 4.0 Kerja Bodoh

Kuala Lumpur – Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan peserta yang menyertai demonstrasi Bersih 4.0 sebagai kerja bodoh.

 

Bukan setakat itu, dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menggunakan bahasa kasar untuk meluahkan pandangannya.

 

“Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan. Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa,” katanya di Facebook.

 

Dalam status yang dikongsinya, Nurulhidayah mendakwa satu ketika dahulu dia pernah melakukan tindakan serupa.

 

“Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman sekarang dah tak releven babe kat atas jalan ni! Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara,” jelasnya lagi.

 

Penganjur Berish 4.0 sebelum ini berjanji akan mengadakan himpunan tersebut secara aman.

 

Namun tinjauan yang dilakukan, selain mengganggu lalu lintas dan ketenteraman awam berlaku beberapa kekecohan yang melibatkan peserta dan petugas himpunan.

 

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima 27 laporan mengenai perhimpunan yang diadakan itu.

 

Tajudin berkata 14 daripada laporan itu dibuat kelmarin dan selebihnya telah dibuat semalam dan sebanyak 5 kertas siasatan telah dibuka.

 

Beliau turut berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.