Video: Lima Lelaki Ditahan Ekoran Rusuhan Di Stadium Sarawak

Kuching – Lima lelaki termasuk empat remaja ditahan kerana disyaki terlibat bertindak agresif merusuh di Stadium Negeri di Petra Jaya di sini sehingga mencederakan lima anggota polis dan merosakkan tujuh kenderaan rasmi mereka malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi), Supt. Fauzilan Abdul Aziz mengesahkan penangkapan itu hari ini yang membabitkan empat remaja berumur di antara 17 dan 18 tahun, serta seorang lelaki berumur 20 tahun.

Menurutnya, kejadian bermula kira-kira pukul 11 malam tadi selepas selesainya perlawanan bola sepak Piala Malaysia di antara pasukan Sarawak dan Perak di stadium itu.

Kira-kira 2,000 orang penonton memasuki padang perlawanan sebelum mereka membakar suar dan mercun, selain melontar objek ke arah anggota polis yang bertugas namun dapat dileraikan dalam tempoh 30 minit selepas itu.

Bagaimanapun, situasi tegang timbul kembali di luar stadium apabila sekumpulan lelaki bertindak merosakkan sebuah trak, tiga unit kereta jenis Perodua Kancil, sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah van jenis Toyota yang kesemuanya milik polis.

Perusuh-perusuh yang terlibat seterusnya membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda polis jenis Perodua Kembara sehingga rosak keseluruhannya.

Media sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya sebuah kereta polis di bakar dan dua lagi kenderaan di rosakkan dalam rusuhan oleh penyokong Sarawak selepas pasukan bolasepak negeri itu seri 1-1 dengan Perak di Stadium Negeri dalam perlawanan Piala Malaysia malam semalam.

Rusuhan Penyokong Sarawak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rusuhan itu bermula sebalik sahaja wisel penamat dibunyikan pada pukul 11 malam dengan penyokong membaling botol dan membakar mercun untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Malah ada antara mereka mencabut sebahagian daripada pagar pemisah tempat duduk dan melontarnya ke arah padang. Sekumpulan penyokong lain turut merempuh pintu masuk stadium dan menendang papan iklan.

Polis Simpanan Persekutuan mengambil kira-kira tiga jam untuk memulihkan keadaan. Adalah difahamkan beberapa kanak-kanak tercedera dalam kejadian itu yang disifatkan paling buruk dalam sejarah sukan Sarawak.

Kejadian itu pasti mengundang tindakan keras daripada Persatuan Bolasepak Malaysia.

Menurut saksi, penyokong Sarawak menghumban sebuah kereta polis ke dalam longkang dan merosakkan dua kenderaan lain sebelum ketibaan polis FRU.

Adalah difahamkan penyokong tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil, justeru bertindak ganas sebaik sahaja perlawanan tamat.

Keputusan seri itu memleburkan peluang Sarawak memenangi Piala Malaysia.  

Rusuhan Penyokong Sarawak 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.