Tidak Ada Faedah Gencatan Senjata Israel – Dr Mahathir

Kuala Lumpur – Pihak Barat membuat helah kononnya Palestin tidak perlu dijamin keselamatan mereka kerana Palestin adalah pengganas. Nyawa rakyat awam tiada hak untuk diselamatkan, bayi, orang tua dan orang sakit semuanya pengganas dan perlu dibunuh. Selagi semua rakyat Palestin tidak dihapuskan selagi itu Israel tidak mahu berasa selamat.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, jika skala keganasan dapat diukur, ternyata Palestin lebih risau dengan keganasan Israel berbanding Israel risau dengan serangan Palestin. Pihak Israel membuat kenyataan umum bahawa mereka tidak takut dengan Palestin dan perang ini.

“Tetapi Netanyahu mengumumkan ia akan terus menyerang Gaza untuk keselamatan Israel. Amerika menyokong pembunuhan besar-besaran ini supaya Israel selamat. Bagaimana pula dengan keselamatan Palestin. Bukankah mereka juga patut diselamatkan?

“Jadi, siapa yang rasa tidak selamat? Siapa yang perlukan jaminan keselamatan? Sudah tentulah rakyat Palestin. Tetapi demokrasi hebat acuan Barat telah menghalalkan pembunuhan besar-besaran oleh Israel itu. Maka, pembunuhan akan berterusan,” katanya dalam posting blognya yang terbaru di www.chedet.cc

Jelas Mahathir lagi, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menentang kerana sepanjang 7 tahun, mereka telah diserang bertalu-talu. Kedaulatan mereka diancam, malah mereka juga dinafikan hak mendapat bekalan ubatan, makanan, dan bahan binaan bangunan bahkan mereka tidak dapat membina semula rumah yang dimusnahkan oleh Israel, dan tiada tempat berlindung semasa musim sejuk.

Dalam pada masa yang sama, Mahathir turut memperjelaskan mengapa Palestin berhasrat untuk menolak gencatan senjata.

“Mengapa Palestin menolak gencatan senjata? Mudah. Kerana sebaik gencatan senjata tamat, Israel akan terus menyerang Gaza. Tiada apa faedah yang akan tercapai melalui gencatan senjata yang dapat membalas pengorbanan rakyat Palestin,” katanya.

Jelasnya lagi, pengeboman Israel sepatutnya dihalakan kepada pelancar roket dan terowong rahsia tetapi yang diserang oleh Israel adalah sekolah dan hospital.

“Tiada bukti kukuh yang dapat menyokong alasan Yahudi itu. Keseluruhan bandar musnah. Bolehkah kita percaya propaganda Yahudi kononnya keseluruhan bandar yang musnah itu penuh dengan roket Gaza? Apa yang pasti, bandar yang musnah itu padat dengan nyawa orang awam, dan sekarang mereka tertimbus di bawah runtuhan bangunan itu.

“Ternyata, bom dan roket Israel telah tersalah sasaran, dan membunuh bayi, orang tua, dan orang sakit,” ujarnya.

Dalam masa lain, Israel turut menyerang sekolah dan pusat perlindungan yang dibina oleh PBB di mana kanak-kanak sedang belajar dan tidur. Adakah Israel mahu tuduh PBB sengaja meletakkan sekolah mereka berhampiran dengan tempat simpanan roket Gaza?

“Kita tahu PBB tidak boleh diharap, dan lemah, tapi kita tahu PBB tidaklah sebodoh itu,” ujarnya tegas.

Selain itu, Mahathir turut memperjelaskan selepas penemuan tiga mayat Israel, Netanyahu berjanji untuk menghukum Palestin. “Dia tidak berjanji untuk mencari pembunuh itu, tetapi hanya berjanji untuk membunuh Palestin, termasuklah kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang sakit dan sekarang kita semua dapat lihat dia lakukannya. Lebih 2,000 orang Palestin untuk nyawa 3 orang Israel tidak mencukupi. Israel mahu membunuh lebih dari itu, kemungkinan besar genosid (penghapusan etnik).”

“Israel lupa bahawa rakyat Eropah telah melakukan penghapusan etnik Yahudi pada masa lampau.. dan Yahudi lari bersembunyi di negara-negara Islam. Mereka tinggal bersama orang Arab, Islam dan Kristian dengan aman dan harmoni. Yahudi Jerman yang lari semasa perang dunia ke-2 ke Perancis telah diselamatkan oleh orang Muslim di Perancis, dan diberikan nama-nama Islam supaya identiti mereka dilindungi.”

“Sejarah turut membuktikan semasa penaklukan tentera Kristian di negeri Islam terakhir di Sepanyol (Granada), dan mereka diberi pilihan samada memeluk Kristian, keluar dari Sepanyol atau dibunuh, orang Islam dan Yahudi bersama-sama memilih untuk keluar daripada Sepanyol dan tinggal bersama di Moroko, Algeria dan Mesir tanpa sebarang masalah.”

“Tiada Yahudi yang dibiarkan tinggal di penempatan haram di negara-negara Islam, mereka diberi layanan yang baik,” ujarnya.

Kini, demi “keselamatan Israel”, mereka lancarkan perang berskala besar ke atas semua negara Arab yang berikan bantuan kepada Palestin. Ironinya. untuk balas dendam pembunuhan 6 juta Yahudi oleh Nazi Jerman, dan kini mereka balas dendam terhadap masyarakat Arab.

“Orang Palestin telah lancarkan roket dan gali terowong untuk menyerang Israel. Tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan senjata canggih Israel, kereta kebal, misil balistik, dan UAV (kapal tanpa juruterbang) Israel dan bantuan Amerika.”

“Israel diberikan berbilion dollar serta senjata oleh Amerika. Untuk apa? Untuk berperang dengan Palestin. Maka, sudah tentulah Gaza mempunyai hak untuk menjaga keselamatan mereka. Tiadakah hak untuk mereka mempersiapkan diri untuk mempertahankan diri sendiri dan negara mereka?” soal Mahathir.

Katanya, Obama dan Cameron, ketua negara yang menghasilkan raksasa Yahudi, telah memberikan lampu hijau untuk penghapusan etnik Palestin dan Arab.

“Tidak menghairankan kerana pada masa lampau, negara ini menyelesaikan masalah mereka melalui pembunuhan, dan merampas tanah orang lain dan kini mengaku kononnya itu tanah mereka,” ujarnya.

 

Berikut adalah pandangan penuh beliau (terjemahan kepada tulisan Tun bertajuk “The Security of Israel” dari blog chedet. cc) :

 

Keselamatan Israel

1. Saya menonton siaran mengenai pengeboman Israel ke atas Gaza melalui televisyen. Lebih daripada 2,000 orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak, orang tua, orang sakit telah terbunuh, manakalah 6,000 yang lain cedera. Bandar Gaza diranapkan, tertimbus di bawahnya jasad rakyat Palestin yang tidak diketahui jumlah sebenar. Bau kematiaan dihidu di rata-rata tempat.

2. Tetapi Netanyahu mengumumkan ia akan terus menyerang Gaza untuk keselamatan Israel. Dan Amerika menyokong pembunuhan besar-besaran ini supaya Israel selamat.

3. Bagaimana pula dengan keselamatan Palestin. Bukankah mereka juga patut diselamatkan?

4. Pihak Barat membuat helah kononnya Palestin tidak perlu dijamin keselamatan mereka kerana Palestin adalah pengganas. Nyawa rakyat awam tiada hak untuk diselamatkan. Bayi, orang tua dan sakit semuanya pengganas dan perlu dibunuh. Selagi semua rakyat Palestin tidak dihapuskan selagi itu Israel tidak mahu berasa selamat.

5. Jika skala keganasan dapat diukur, sudah ternyata Palestin lebih risau dengan keganasan Israel berbanding Israel risau dengan serangan Palestin. Pihak Israel membuat kenyataan umum bahawa mereka tidak takut dengan Palestin dan perang ini.

6. Jadi, siapa yang rasa tidak selamat? Siapa yang perlukan jaminan keselamatan? Sudah tentulah rakyat Palestin. Tetapi demokrasi hebat acuan Barat telah menghalalkan pembunuhan besar-besaran oleh Israel itu. Maka, pembunuhan akan berterusan.

7. Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menentang kerana sepanjang 7 tahun ini, mereka telah diserang bertalu-talu. Bukan sahaja kedaulatan mereka diancam, malah mereka juga dinafikan hak mendapat bekalan ubatan, makanan, dan bahan binaan bangunan. Mereka tidak dapat membina semula rumah yang dimusnahkan oleh Israel, dan tiada tempat berlindung semasa musim sejuk.

8. Mengapa Palestin menolak gencatan senjata?! Mudah. Kerana sebaik gencatan senjata tamat, Israel akan terus menyerang Gaza. Tiada apa faedah yang akan tercapai melalui gencatan senjata yang dapat membalas pengorbanan rakyat Palestin.

9. Pengeboman Israel sepatutnya dihalakan kepada pelancar roket dan terowong rahsia. Tetapi yang diserang oleh Israel adalah sekolah dan hospital. Tiada bukti kukuh yang dapat menyokong alasan Yahudi itu. Keseluruhan bandar musnah. Bolehkah kita percaya propaganda Yahudi kononnya keseluruhan bandar yang musnah itu penuh dengan roket Gaza? Apa yang pasti, bandar yang musnah itu padat dengan nyawa orang awam, dan sekarang mereka tertimbus di bawah runtuhan bangunan itu. Ternyata, bom dan roket Israel telah tersalah sasaran, dan membunuh bayi, orang tua, dan orang sakit.

10. Dalam masa lain, Israel turut menyerang sekolah dan pusat perlindungan yang dibina oleh PBB di mana kanak-kanak sedang belajar dan tidur. Adakah Israel mahu tuduh PBB sengaja meletakkan sekolah mereka berhampiran dengan tempat simpanan roket Gaza? Kita tahu PBB tidak boleh diharap, dan lemah.. tapi kita tahu PBB tidaklah sebodoh itu.

11. Faktanya adalah selepas penemuan tiga mayat Israel, Netanyahu berjanji untuk menghukum Palestin. Dia tidak berjanji untuk mencari pembunuh itu; tetapi hanya berjanji untuk membunuh Palestin; termasuklah kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang sakit. Dan sekarang kita semua dapat lihat dia lakukannya. Lebih 2,000 orang Palestin untuk nyawa 3 orang Israel tidak mencukupi. Israel mahu membunuh lebih dari itu, kemungkinan besar genosid (penghapusan etnik)

12. Israel lupa bahawa rakyat Eropah telah melakukan penghapusan etnik Yahudi pada masa lampau.. dan Yahudi lari bersembunyi di negara-negara Islam. Mereka tinggal bersama orang Arab, Islam dan Kristian dengan aman dan harmoni. Yahudi Jerman yang lari semasa perang dunia ke-2 ke Perancis telah diselamatkan oleh orang Muslim di Perancis, dan diberikan nama-nama Islam supaya identiti mereka dilindungi. Sejarah turut membuktikan semasa penaklukan tentera Kristian di negeri Islam terakhir di Sepanyol (Granada).. dan mereka diberi pilihan samada memeluk Kristian, keluar dari Sepanyol atau dibunuh, orang Islam dan Yahudi bersama-sama memilih untuk keluar daripada Sepanyol dan tinggal bersama di Moroko, Algeria dan Mesir tanpa sebarang masalah. Tiada Yahudi yang dibiarkan tinggal di petempatan haram di negara-negara Islam, mereka diberi layanan yang baik.

13. Dan sekarang, demi “keselamatan Israel”, mereka lancarkan perang berskala besar ke atas semua negara Arab yang berikan bantuan kepada Palestin. Ironi; untuk balas dendam pembunuhan 6 juta Yahudi oleh Nazi Jerman, mereka balas dendam terhadap masyarakat Arab.

14. Orang Palestin telah lancarkan roket dan gali terowong untuk menyerang Israel. Tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan senjata canggih Israel, kereta kebal, misil balistik, dan UAV (kapal tanpa juruterbang) Israel dan bantuan Amerika

15. Dan Israel diberikan berbilion dollar serta senjata oleh Amerika. Untuk apa? Untuk berperang dengan Palestin. Maka, sudah tentulah Gaza mempunyai hak untuk menjaga keselamatan mereka. Tiadakah hak untuk mereka mempersiapkan diri untuk mempertahankan diri sendiri dan negara mereka?

16. Obama dan Cameron, ketua negara yang menghasilkan raksasa Yahudi, telah memberikan lampu hijau untuk penghapusan etnik Palestin dan Arab. Tidak menghairankan kerana pada masa lampau, negara ini menyelesaikan masalah mereka melalui pembunuhan, dan merampas tanah orang lain dan kini mengaku kononnya itu tanah mereka.

5 thoughts on “Tidak Ada Faedah Gencatan Senjata Israel – Dr Mahathir

  • September 1, 2014 at 2:02 pm
    Permalink

    Tun. I understood. The answer is easy. U r vased in d formulae of sincere humanitarian they d isr…l based on business of profits. The US military is only in d name. Not in d operation mthodoly. Its not d american nation defence its d shareholders defence. Its not public but its pte sharehlders. Hw to make us pay for d fees thy nd to lk for civil reasonings. Otherwise their business or money mking flop. Obama hs no authorty on military as it hd bn privatised in d hd of bush. Sharehlders r isre….l.
    All wars profit r gaind by corporated scandalist not national amex economic. N yet capital came fm amex ntion. pls chk yrself. Tq.

    Reply
    • September 3, 2014 at 2:09 am
      Permalink

      There’s no need for you to ask him to check on these matters. He knows very well on the matters you are explaining. no point teaching a fish to swim. The bankers Rothschild family especially from Nathan Rothschild branch by his predecessor who control the government of US and UK will use their proxy in these arm industry companies to get the shared and profits of the government’s expenditures on weapons from the money they print from the FEDS and Bank of England…They very same family that created Israel on using the belfor agreement with the British government that they control.. if you still dont understand…make your research…

      Reply
  • September 1, 2014 at 3:39 pm
    Permalink

    100% right. Thank u so much my beloved Tun Mahathir. Agree with u. Israel is not that powerful if not becoz of US n UK governments supports. It’s such a pain to see how Israel become so arrogant n feel free to kill Palestinians all these whiles and if not becoz of the sacrifices made by the people of Palestine and all the fighters from Hamas n Fatah, I guess Palestine will vanish easily. This Israeli leaders n soldiers must be brought to ICC n their crimes n atrocities must be revealed to the entire world. One day, Allah SWT will give the punishment and answer the world prayers that seek justice for Palestine! Amin

    Reply
  • September 1, 2014 at 3:54 pm
    Permalink

    Kezaliman kekejaman oleh israel, yang amat berkuasa dan bermaharajalela..disebabkan itulah semua negara arab membuat keputusan berdiam diri…semua kuasa..kuasa jahat kuasa zalim kuasa ganas; semua ini adalah tarikh hayatluput belaka..apabila tiba masanya negara2 islam bersatu padu..sebagai contoh kuasa jahat yang terdahulu; seperti puak firaun, puak qarun, puak nazi, puak polpot, puak serbbia dan sebagainya….akhirnya mereka tewas juga.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.