Mogok: Lebih 100 Penerbangan Di Jerman Dibatalkan

Frankfurt – Lebih 100 penerbangan dibatalkan di beberapa lapangan terbang Jerman berikutan mogok oleh juruterbang perkhidmatan penerbangan tambang murah Lufthansa, ‘Germanwings’ berhubung faedah persaraan awal.

Jurucakap ‘Germanwings’ berkata daripada 164 penerbangan yang dijadualkan, kira-kira 116 dibatalkan yang memberi kesan kepada 15,000 penumpang.

Lapangan Terbang Cologne-Bonn dan Stuttgart adalah antara paling teruk terjejas, tetapi penerbangan juga dibatalkan di Berlin-Tegel dan Hamburg, kata jurucakap berkenaan.

Juruterbang ‘Germanwings’ melancarkan mogoknya antara jam 6 pagi dan tengah hari.

Syarikat itu menyatakan sebahagian besar penerbangan yang terjejas adalah penerbangan dalam negara, menyebabkan penumpang terpaksa menggunakan kereta api.

Penerbangan ke destinasi percutian dan sebaliknya bagaimanapun beroperasi seperti biasa. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.