Krisis Selangor: Khalid Akan Beri Kenyataan Rabu Ini

Shah Alam – “Saya tak boleh komen dan saya hanya akan keluarkan kenyataan mengenainya Rabu ini,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar, setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperoleh nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pakatan pembangkang.

Abdul Khalid pada Selasa lepas telah menyatakan hasrat kepada Sultan Selangor untuk melepas jawatan sebagai Menteri Besar berikutan didakwa hilang sokongan daripada 30 anggota Dewan Undangan Negeri Selangor termasuk dua daripada PAS.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin menangguhkan untuk menerima peletakan jawatannya sehingga pelantikan Menteri Besar baharu dibuat, dengan menitahkan PAS, DAP dan PKR masing-masing perlu mempersembahkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya 3 September ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.