Israel ‘Main Wayang’

Tel Aviv – Israel dilihat cuba memujuk beberapa pemimpin Palestin supaya mengusir Hamas dari wilayah itu.

Berdamai dengan Israel atau berpisah dengan Hamas’, itu cadangan diusulkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas jika mahu memastikan Gaza terus aman.

Netanyahu berkata, Operasi Perlindungan Sempadan ‘mungkin’ boleh memulihkan hubungan diplomatik di rantau ini, tetapi usaha itu perlu mengetepikan hubungan dengan Hamas.

“Jika beliau memilih untuk berdamai, beliau perlu memutuskan hubungan diplomatik dengan Hamas kerana Hamas selama ini merancang untuk menjatuhkannya,” dakwaan beliau dalam satu wawancara di stesen tv tempatan.

Apabila ditanya sama ada dakwaan itu semata-mata satu pujukan, Netanyahu berkata, Israel mahu melihat perdamaian dan bekerjasama dengan Palestin.

Bagaimanapun menurut agensi, pemimpin Hamas Khaled Meshaal berkata, peperangan dengan Israel bukan konflik terakhir, sebaliknya ia adalah satu usaha ke arah mencapai matlamat pergerakan itu.

“Kami tahu Israel kuat dan dibantu masyarakat antarabangsa. Kami tidak akan berkompromi dengan Netanyahu,” katanya di dalam satu sidang akhbar di Doha, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.