Dr Mahathir Puji Langkah PM Pulihkan MAS

Kuala Lumpur – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut baik usaha Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) di atas inisiatif menjenamakan kembali Malaysia Airlines (MAS) melalui 12 pelan pemulihan untuk memperkukuhkan syarikat penerbangan negara itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pelan pemulihan berkenaan dilihat mampu mengurangkan kos yang ditanggung oleh MAS.

“Khazanah sudah memperuntukkan dana sebanyak RM6 bilion dan memberhentikan 6,000 pekerja. Maka kos (operasi) turunlah.

“Pemberhentian penerbangan ke tempat-tempat yang tidak ramai penumpang juga boleh mengurangkan kos. Saya ucapkan tahniah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan ke-57 anjuran Permuafakatan Pertubuhan Bukan Kerajaan Selangor, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Permuafakatan Pertubuhan Bukan Kerajaan Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Mengenai hasil dan keberkesanan langkah yang diumumkan kerajaan, Dr Mahathir mengambil pendekatan tunggu dan lihat ke atas usaha pemulihan tersebut.

“Kita tunggu dan lihat keberkesanan langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan juga Khazanah,” katanya.

Di bawah pelan pemulihan MAS yang diumumkan Khazanah Nasional baru-baru ini, syarikat penerbangan itu akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja, dan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengurangan pekerja besar-besaran itu ekoran kerugian MAS sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas dua tragedi pesawatnya, iaitu kehilangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pelan penstrukturan semula MAS itu mendapat kelulusan kabinet dan Lembaga Pengarah MAS, bertujuan mewujudkan sebuah entiti lebih kukuh dan cekap.

MAS yang menggantung dagangan pada Khamis lalu berikutan pengumuman pelan itu, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM302.62 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2014, daripada kerugian sebanyak RM165.89 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Saham MAS terakhir diniagakan pada 25 sen Khamis lalu.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-tarik-balik-sokongan-dr-mahathir-puji-langkah-najib-selamatkan-mas#sthash.tzL8Ue3c.dpuf

Mengenai hasil dan keberkesanan langkah yang diumumkan kerajaan, Dr Mahathir mengambil pendekatan tunggu dan lihat ke atas usaha pemulihan tersebut.

“Saya secara jujurnya kurang yakin dengan syarikat yang diuruskan oleh kerajaan kerana kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan.

“Kita tunggu dan lihat keberkesanan langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan juga Khazanah,” katanya.

Di bawah pelan pemulihan MAS yang diumumkan Khazanah Nasional baru-baru ini, syarikat penerbangan itu akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja, dan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengurangan pekerja besar-besaran itu ekoran kerugian MAS sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas dua tragedi pesawatnya, iaitu kehilangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pelan penstrukturan semula MAS itu mendapat kelulusan kabinet dan Lembaga Pengarah MAS, bertujuan mewujudkan sebuah entiti lebih kukuh dan cekap.

MAS yang menggantung dagangan pada Khamis lalu berikutan pengumuman pelan itu, melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM302.62 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2014, daripada kerugian sebanyak RM165.89 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Saham MAS terakhir diniagakan pada 25 sen Khamis lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.