Bunuh Ibu Untuk Curi Kandungan

Mexico City – Seorang wanita mengaku membunuh seorang ibu yang hamil lapan bulan, dengan membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya.

Menurut laporan Daily Mail, Maria Rodriguez, 29 tahun, dari wilayah Tepic, mengambil keputusan membunuh Nadia Avila, selepas dia menipu keluarganya dia hamil.

Sehubungan itu, menurut polis, wanita berkenaan didakwa atas tuduhan membunuh bayi dan ibunya.

Ketika menceritakan tindakannya, Rodriguez berkata, dia memukul mangsa sehingga pengsan, selepas mempelawa mangsa ke rumahnya, dengan alasan mahu memberi baju bayi.

“Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Lalu saya menarik tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.

“Dia menjerit meminta saya melepaskannya. Saya memukulnya lagi sehingga dia pengsan. Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya,” katanya.

Dia kemudiannya membelah perut Avila dan mengambil anak itu, kerana tidak mahu kandungan berkenaan mati.

Bagaimanapun, percubaan itu gagal.

Ketika disiasat polis, Rodriguez mendakwa, keinginan memiliki bayi memaksanya bertindak demikian.

“Sebelum ini, kitaran haid saya lewat dan saya juga telah melakukan pemeriksaan darah, tetapi keputusannya negatif. Ahli keluarga pula menyangka saya telah hamil.

“Saya tidak tahu bagaimana memberitahu perkara sebenar, lalu saya hanya mengiyakan tekaan mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.