Bas Terbakar, Sepasang Suami Isteri Nyaris Rentung Di Pagi Hari Merdeka

Jitra – Sepasang suami isteri nyaris maut hari ini apabila bas yang dinaiki mereka terbakar.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi, bas yang dipandu suami kepada pasangan itu yang juga pemandu bas sebuah politeknik dekat Jitra, dikatakan secara tiba-tiba mengalami kerosakan lalu terbakar di kilometer 50.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Pendang.

Kejadian berlaku ketika pemandu berusia 52 tahun itu, yang sedang dalam perjalanan untuk menjemput beberapa orang kaki tangan akademik institusi itu di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, ruang di bahagian pemandu mula dipenuhi asap.

Terkejut, pemandu bas itu pantas memberhentikan bas dan bertindak menarik tangan isterinya untuk keluar daripada bas.

Tidak lama selepas itu api mula marak dan membakar keseluruhan badan bas terbabit.

Sementara itu, menurut Penolong Penguasa Bomba, Kedah, Mohd Noor Iman Mohd Rawi, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian tiba beberapa minit selepas itu.

Ketika itu hampir lapan puluh peratus bahagian bas, sedang dijilat api.

“Kita dapat mengawal kebakaran selepas setengah jam, selepas tu kita jalankan overhaul, jumlah kerugian anggaran RM90 ribu. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” kata Mohd Noor.

Menurut Mohd Noor lagi, kejadian dipercayai berpunca daripada kebakaran kecil di bahagian dashboard hadapan bas menyebabkan ia merebak dengan pantas.

Bas polimas terbakar 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bas polimas terbakar 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.