KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa dunia berduka apabila kehilangan seorang pemimpin yang disegani, Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan di Iran.
Menurut beliau, biarpun Haniyeh telah meninggal dunia namun perjuangannya untuk membebaskan tanah air tercinta dari rejim yang paling kejam di atas muka bumi ini, Zionis tidak akan terhenti.
“Kutukan dan resolusi di PBB sahaja tidak memadai kerana pembunuhan kejam seperti ini serta penghapusan etnik ke atas rakyat Palestin masih tiada penghujungnya.
“Tragedi ini harus menjadi kebangkitan buat seluruh umat Islam untuk memperjuangkan keadilan buat Palestin tanpa noktah.
“Takziah kepada seluruh keluarga Ismail Haniyeh dan semoga tabah menghadapi dugaan ini,” ucap Ahli Parlimen Bera itu.