Tiada rekod keluar wanita warga China buat kecoh di KLIA, adakah ini sindiket? – Che’gu Bard

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard mendakwa warganegara China yang ‘diselamatkan’ Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing masih tidak keluar dari negara ini.

Dakwa beliau tiada rekod dari Jabatan Imigresen menunjukkan rekod keluar wanita itu dari Malaysia.

“Ingat tak Menteri Pelancongan buat kecoh lepaskan perempuan warga China yang dihalang masuk ke Malaysia kerana tidak punya tiket dan masuk ke Malaysia kerana nak kerja walaupun visa pelancong.

“Menteri ini bukan sahaja ganggu tugas penjawat awam sebaliknya dia juga hina dan fitnah penjawat awam di pintu masuk KLIA terlibat fitnah,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Jelas beliau, situasi ini bukan kali pertama berlaku.

“Ini bukan kali pertama dan sehingga kini dia gagal buktikan tuduhannya. Nak lindungi Menteri itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhegeh hegeh berlakon buat “spot check” dan akui KLIA ada “masalah”.

“Namun kakitangan di KLIA ada yang buat report polis sahkan perempuan itu masuk tidak sah kerana tidak ada tiket dan alasan bekerja sedangkan visa pelancong. Ini buktikan Menteri salah.

“Maka tak semena mena tiba-tiba Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Menteri KDN umum perempuan tu dah keluar dari Malaysia. Kenyataan itu diulang juga oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Namun beberapa media lapor tiada rekod wanita itu pulang. Sejak beberapa hari lepas juga tular “cetakan skrin” dari sistem Imigresen mengesahkan tidak ada rekod wanita itu keluar,” dakwanya.

Che’gu Bard malah mengakui bimbang situasi berulang yakni dilaporkan seramai lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh antara 2018 hingga 2021, berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia.

“Jika ini benar, adakah ini sindiket #regimpemerintah PH masukkan warga China ke Malaysia.

“Ingat sebelum ini sudah kecoh 1.2 juta pelancong China tidak keluar? Adakah mereka sudah ada MyKad dan boleh mengundi? Pelbagai persoalan muncul,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat