Konsert Double Trouble 2 Akan Cuba Penuhi Jangkaan Peminat

- Advertisement -

Selepas kejayaan konsert “Search Rockin’ On Rooftop” di bumbung Kompleks Campbell serta konsert barbarik di Zepp Kuala Lumpur tahun lalu membuatkan 2 kumpulan rock tanah air itu kembali dengan kalaborasi di satu pentas  gergasi untuk memenuhi permintaan peminat peminat mereka yang diberi nama “DOUBLE TROUBLE 2”.

Konsert ini bakal berlansung pada 5 ogos 2023, bertempat di stadium Malawati, Shah Alam Selangor, konsert akan bermula pada pulul 8 malam dan akan menyaksikan persembahan yang bakal menjadi sejarah yang paling gempak di dalam sejarah hiburan tanah air.

Vokalis Barbarik, Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, beliau berharap peminat dapat menerima Persembahan pada malam tersebut kerana Konsert kali ini adalah Kolaborasi dua kumpulan band di satu pentas gergasi.

“kita tahu ramai peminat yang akan hadir untuk menyaksikan persembahan kami dan kita berharap mereka dapat menerima apa yang kita buat semasa konsert itu nanti sebab konsert ini berbeza kerana ada dua buah band yang akan beraksi di atas pentas yang sama.

“Saya nanti akan bersama dengan vokalis Search, Denden dan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat dalam konsert seperti ini, sebabnya konsert seperti ini berbeza dengan konsert yang hanya melibatkan satu band sahaja. Kami juga tak nak peminat merasa hampa disebabkan apa yang mereka hendak tetapi kami tak mampu nak buat.

“Kita harap apa yang ada dalam fikiran mereka (peminat) kita akan laksanakan masa konsert itu nanti. Dalam perancangan kami ada beberapa segmen yang kami harap perkara itu memenuhi kehendak peminat dan kami pun tak akan buat yang terlalu berlebihan atau over do it kerana perkara itu boleh mencacatkan persembahan.” Ujarnya.

Pemain gitar seacrh yang mesra dengan panggilan KID, atau nama sebenarnya Hamzah bin Mohd Taib mengatakan konsert berurasi 3 jam ini akan mempersembahkan 20 buah lagu dan beberapa buah lagu secara madley dan duet.

“Setiap band mungkin akan bawa 10 buah lagu dan berbelas lagu-lagu lain secara duet dan madley. Kita juga fokuskan lagu-lagu di dalam album Double Trouble 2 kerana penglibatan Muss dalam album tersebut,” katanya.

Selain Kid, Search dibarisi Noordin (gitar), Yan (bass), Denden (penyanyi), Minn (dram) dan Firdaus (keyboard) pastinya amat dinantikan oleh peminat-peminat rock yang akan hadir ke stadium kelak.

 

Sementara itu, Abdul Zamin bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Joe Branko merupakan pemain gitar utama kumpulan Barbarik, menjelaskan bahawa mereka telah bersedia seratus peratus untuk ‘menawan’ Stadium Malawati serta memberi kepuasan maksimum kepada semua peminat Search dan Barbarik.

“Kita dah ready hundred percent, cuma ada beberapa yang perlu di touch up bersama Search agar lagi tight sebabnya kita ada segmen Search bersama Barbarik,” katanya ketika ditemui media di Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur.

Selain Joe Branko selaku pemain gitar utama, Barbarik dibarisi oleh Muss (penyanyi), Ainol (dram), Rozaimie (bass) dan Adi (keyboard).

Pihak Penganjur rock the city juga telah menganjurkan sebuah Festival Thrift & Rock The City yang akan berlansung di perkarangan stadium Malawati shah Alam yang bakal berlansung pada 4 dan 5 Ogos yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 11.59 malam.

Pelbagai aktivi bakal berlansung sementera menanti gegaran Konsert Double Trouble 2, aktiviti menarik seperti Wayang Pacak, Adipati bertiga – himpunan Motosikal cafe racerplayground kanak-kanak, goreng gitar solo, bengkel melukis jaket, perlawanan Playstation, dan 60 gerai yang menampilkan penjual makanan dan minuman, pakaianpreloved pengunjung juga boleh berramah mesra bersama artis artis Double Trouble 2.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat