Calon BN Jeram Padang, Negeri Sembilan kemalangan, pemandu kritikal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Jempol, Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan mengalami kemalangan awal pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan kemalangan berlaku jam 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan.

“Dapat berita pagi ini sahabat saya yang juga calon BN Dun Jeram Padang, Datuk Zaidy Abdul Kadir mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Pasir Besar-Palong dalam pukul 3.25 pagi tadi.

“Pemandu agak kritikal. Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya di Facebook pada Isnin.

Mohd Zaidy yang bakal berentap dengan calon Perikatan Nasional (PN) S Surash pada Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos ini dilaporkan cedera ringan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat