Video: Wanita Bogel Cuba Ceroboh Masjid Al-Aqsa

Orang awam yang mengunjung Masjid Al-Aqsa gempar apabila seorang wanita tanpa surat benang cuba menceroboh masuk ke tempat suci itu.

Wanita berusia 23 tahun itu dilaporkan menanggalkan bajunya dan berbogel hingga memaksa orang ramai menutup badannya dengan kain. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada 11 Jun lalu.

Wanita itu telah dibawa menjalani penilaian psikologi dan dikatakan mengalami masalah mental.

Sebelum ini penduduk Palestin dikenakan peraturan yang ketat untuk memasuki masjid berkenaan, namun wanita itu dengan mudah membolosi kawalan ketat tentera Israel dan bertelanjang bulat di situ.

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci selepas Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah serta menjadi kiblat pertama umat Islam. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.