Video: Alif Aziz Minta Maaf, ‘Curang’Terhadap Isteri

BUKIT JELUTONG – Pelakon dan juga penyanyi, Alif Aziz hari ini menyatakan permohonan maaf terhadap isterinya, Bella setelah berlaku ‘curang’ terhadapnya.

Menurut beliau, perkara yang berlaku di antara beliau dan Nur Afifah Nasir merupakan kesilapannya.

“Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan dan saya akui melakukan perkara itu atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan.

“Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu,”katanya ketika sidang media berkenaan penjelasannya terhadap isunya bersama Afifah.

 

Namun beliau turut menegaskan bahawa kesilapan yang dilakukannya ini bukan salahnya sendiri.

Justeru beliau mengesa agar pihak Nur Afifah Nasir turut memberikan penjelasan agar isu ini dapat dijernihkan.

“Saya harap pihak Afifah tidak berdolak-dalik dan berfikiran sama untuk mengaku bersalah. Pada saya dia tidak perlu untuk menegakkan benang yang basah.

“Kalau niatnya mahu menjaga reputasi, ia sudah pun berakhir,” ujarnya.

Beliau juga turut berharap agar ahli keluarga, peminat serta masyarakat dapat memaafkan di atas kesalahan yang dilakukannya dan berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi.

Sebelum ini, Alif dikatakan telah mencampakkan telefon bimbit kepada isterinya selepas isterinya mendapati bahawa alif telah keluar berhibur bersama Afifah di sebuah pusat karaoke.

Ekoran itu, beliau telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan namun telah dibebaskan setelah isterinya menarikan balik laporan polis yang telah dibuat keatasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.