Tiga Pihak Mahu Sertai Gagasan Sejahtera: Pas

IPOH – Pas mengesahkan ada beberapa pihak bersetuju menyertai Gagasan Sejahtera untuk menghadapi PRU14.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia melibatkan tiga segmen iaitu parti komponen, NGO serta tokoh.

“Dalam masa terdekat ini ada parti yang sedang berunding sertai Gagasan Sejahtera.

 

“Insya-ALLAH, kita akan umum bila nak dekat PRU nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam Dana PRU14 anjuran Pas Tambun, di Dewan Bulan Sabit Merah, di sini hari ini.

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria serta barisan kepimpinan Pas Tambun.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.