Terdapat Beras Sabun Di Pasaran

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati apabila memilih beras kerana didapati ada beras yang dijual merupakan beras sabun.

Beras itu didapati berbuih apabila dicuci di satu kawasan di Indonesia.

Menurut Tribunenews, berdasarkan maklumat orang ramai, beras itu dicampur cecair pencuci pinggan.

“Proses ini sama dengan proses pencucian dengan air yang biasa dilakukan di tempat penggilingan padi,”kata sumber itu.

Tambahnya, air yang dipakai dicampur dengan sabun pencuci pinggan jenama terkenal.

Sukatan yang digunakan, iaitu dua tutup botol sabun per 10 liter air.

Barang bukti yang disita polis, antara lain, beras 1.5 tan.

Setelah menjalani proses pembersihan dengan sabun, hasilnya beras jadi putih bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.