Radio Berhantu, Misteri Jam 12 Jadi Tular Di Johor

Radio berhantu agak asing di Malaysia. Tapi bagi penduduk di Johor mungkin mereka tahu akan kewujudan Misteri Jam 12 ini.

Rancangan ini telah menjadi satu fenomena kepada mereka.

Banyak perbualan penggemar cerita seram sejak kebelakangan ini telah terarah kepada radio cerita seram ini.

Memetik laporan MH, misteri Jam 12 merupakan sebuah segmen yang disiarkan dalam rancangan siaran radio dari Singapura iaitu Ria FM.

Segmen itu yang dikelolakan oleh Dj KC, seorang Dj yang agak berani bercerita sorang diri ditengah malam di bilik bawah tanah. KC juga pernah berkongsi video mengenai konti radio yang dia berkerja di Facebook miliknya.

Radio berhantu itu hanya dimainkan pada hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 12 tengah malam sampai ke 3 pagi.

Kebanyakkan mereka telah mengklasifikasikan rancangan radio itu sebagai paling seram yang pernah mereka dengar dimana segmen itu turut menambah sound effect untuk mewujudkan perasaan takut pendengar.

Segmen yang bersiaran secara langsung itu akan membacakan kisah-kisah misteri yang dialami oleh pendengar yang dihantar melalui email dan sms.

Gaya penyampaian KC yang begitu menarik membuatkan pendengar akan meremang bulu tengkuk apatah lagi sekiranya mendengar kisah-kisah pendengar yang dikirim secara berseorangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.