Polis Siasat Insiden Video Buli Di Padang Sekolah Kunak

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kes video viral seorang pelajar perempuan dibuli sekumpulan pelajar perempuan lain di sebuah sekolah menengah.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan padang sebuah sekolah menengah di Kunak pada Sabtu lalu.

Sebuah video mengenai kejadian tersebar di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi seminit itu memaparkan sekumpulan pelajar perempuan menyerang dan memukul seorang pelajar perempuan lain.

Video tersebut kemudian mencetus kemarahan di kalangan pengguna media sosial dengan rata-rata netizen mendesar pihak polis untuk mengambil tindakan secepat mungkin.

Memetik laporan BH, Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir, berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa tengahari kelmarin.

“Kejadian itu dipercayai berlaku Sabtu lalu di padang sebuah sekolah menengah di sini dan siasatan serta tindakan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Tambah Nazarudin, semua pelajar terbabit dan guru sekolah akan turut disiasat untuk mengambil keterangan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.