Lelaki Ketempat Kerja Dengan Berenang Sejauh 2 Kilometer

Munich – Kebanyakan penduduk di bandar raya ini menghabiskan masa berjam-jam terperangkap dalam kesesakan jalan raya atau berhimpit-himpit untuk menaiki kereta api yang sesak setiap pagi untuk ke tempat kerja.

Tetapi bagi Benjamin David, 40, berulang-alik tempat kerja adalah menyeronokkan.

Setiap hari, dia akan terjun ke dalam Sungai Isar dan berenang sejauh dua kilometer ke tempat kerjanya di Kulturstrand.

Dia sebelum ini ialah antara ribuan penduduk Munich yang terpaksa bersesak-sesak untuk ke tempat kerja.

Bagaimanapun, sejak dua tahun lalu, dia mengambil keputusan mencari alternatif lebih mudah dan Sungai Isar adalah jawapannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.