Lelaki Iklan Diri, Mahu Isteri Bidan Terjun Jadi Tular

Seorang lelaki mengiklankan dirinya menjadi suami kepada wanita bidan terjun di luar sana jadi tular di media sosial.

Lelaki yang meminta Admin sebuah portal Viral menerusi perkongsiannya turut menceritakan mengapa dia berbuat demikian dan terdesak mencari bakal pengantin pada majlis persandingannya nanti.

“Nama saya Adib, usia 30. Saya bisnes sendiri. Pendapatan bulanan boleh la, 2k -5k sebulan. Tidak merokok, tidak mabuk dan tidak suka berjoli. Saya baru putus tunang 2 bulan lepas. Tak pasti kenapa, tapi wakil pihak perempuan pulangkan cincin.

“Ikutkan bulan depan kami kawin. Dengar kabar dari kawan baik dia, bekas kekasih dia yang dulu hilang sekarang mintak sambung dan rancang untuk kawin. klu betul tahniah! aku harap kau tak menyesal. Persiapan saya hampir 80 peratus siap. Duit pun dah kumpul untuk majlis, saya tak nak batalkan! saya nak cari penganti! saya nak upkan duit hantaran, klu ikutkan rm10k shj. Tapi penganti saya akan dapat 15k. 

“Saya ingat nak buat kejutan pada bekas tunang saya tu nanti bila kawin dah kawin, saya ada beli pakej percutian ke korea pada hujung tahun ini untuk bulan madu, jadi siapa sudi tolong tag nama dia atau kalau ada kawan korang yang solo tolong tag nama dia kat comment, saya akan PM satu-satu yang saya rasa ok.

“Terima kasih admin. Ini gambar saya. Adib. Negeri Sembilan,”tulisnya.

Biarpun rata-rata netizen yang sangat teruja dengan berita itu terutamanya kaum wanita, namun tak kurang juga ada yang mengecam lelaki itu apabila disifatkan perkahwinan itu tidak lebih kepada untuk menunjuk perhatian kepada bekas tunangnya.

“Kalau dia kahwin sekadar untuk menunjuk baik tak payah. Itu lain dah jadinya. Bagaimana perasaan isterinya nanti,”tulis seorang netizen.

Ada juga yang berpandangan supaya lelaki itu lupakan niat untuk membalas dendam dan memberikan perhatian kepada perkahwinan baharu yang bakal berlangsung kelak.

Tak kurang juga ada yang berpendapat bahawa lelaki itu sengaja mereka cerita untuk menjadi viral di media sosial-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.