Kisah Ikan Batu Tiba-tiba Masuk Ke Dalam Mulut Pemancing Jadi Viral

Kematian seorang lelaki, Rosa Zai yang dikatakan berpunca akibat seekor ikan masuk ke dalam perutnya ketika dia menggigit ikan yang baru ditangkap itu, telah menjadi viral dan menjadi bualan ramai di Riau, Indonesia.

Kejadian itu berlaku ketika Rosa Zai memancing pada waktu malam. Dia dikatakan berjaya menangkap seekor ikan batu.

Namun disebabkan ikan itu susah dimatikan, maka Rosa Zai telah memijaknya. Namun ikan itu masih hidup dan dalam keadaan penuh emosi, Rosa Zai telah menggigit ikan terbabit supaya ia cepat mati.

Bagaimanapun ketika sedang menggigit ikan batu terbabit, ikan itu telah masuk ke dalam mulutnya hingga mengakibatkan Rosa Zai tidak boleh bernafas dan telah menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian itu menjadi viral dan dikongsi lebih 25,000 kali. Setakat mana kebenarannya cerita ini tidak dapat dipastikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.