“Kau Ingat Orang Lawan Mahathir Semata-Semata Sebab Kau Ke? Perasan!

Tindakan Anwar Ibrahim yang menyokong Mahathir Mohamad hingga sanggup melupakan apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu terhadapnya dulu, nyata mengecewakan.

Kekecewaan itu diluahkan oleh aktivis Muhamad Harris Nasril, yang pernah terlibat dalam reformasi di jalan raya, selepas Anwar dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998 susulan tuduhan salah laku seks di luar tabii dan rasuah.

“Dulu masa 1998-1999, saya kerap turun demo reformasi. Bermula di rumah Anwar, Bukit Damansara, Dataran Merdeka, Sogo dan pengakhirannya di mahkamah.

“Setiap kali saya turun, ibu saya pesan : “Tak perlu bazir masa dan tenaga. Orang politik ni semua sama. Mereka nak kuasa sahaja”

“Saya membalas kepada ibu “Dia bukan nak kuasa mak, dia dizalimi, diaibkan. Kita perlu pertahankan”,” kata Muhamad Hasril dalam Facebooknya.

Kekecewaan itu diluahkan beliau selepas Anwar secara peribadi mengalu-alukan kesediaan Mahathir untuk turun mengharungi perjuangan bersama dalam Pakatan Harapan.

“Keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara. Tun (Mahathir) kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani,” demikian pandangan Anwar yang disiarkan dalam MalaysiaKini.

Anwar berkata demikian susulan bantahan daripada SUARAM, Otai Reformasi, Parti Sosiolis Malaysia, beberapa NGO dan badan Islam serta aktivis telah mempertikai keputusan pimpinan Pakatan Harapan yang merangkul Mahathir Mohamad dalam barisan kepimpinan.

Dalam postingnya sebelum ini juga, Muhamad Harris turut membidas Anwar yang sanggup melupakan `luka kecil’ yang dilakukan Mahathir kepada beliau kerana mahukan kuasa hingga sanggup menyokong Mahathir menjadi pemimpin Pakatan Harapan.

“Apakah luka kecil itu? Dalam buku Mahathir “Dr in the house”, Mahathir ada mencatatkan dengan jelas mengenai isu anwar ini dalam satu bab. Mahathir sangat yakin bahawa anwar merupakan seorang ahli politik yang tidak bermoral, sekaligus tidak layak menjadi perdana menteri.

“Mahathir mendakwa beliau sendiri telah bertemu dengan Azizan, dan beberapa wanita yang ada hubungan dengan Anwar! Mereka dikatakan mengaku Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu di depan Dr Mahathir!
Apakah status tuduhan tersebut? Ini bukan tuduhan kecil! Ini melibatkan maruah! Sehingga sekarang, Mahathir tak pernah menarik balik tuduhan yang beliau lakukan itu, dan Anwar juga tidak pernah menyaman beliau. Nampak?,” kata Muhamad Harris.

Beliau turut menyifatkan pengorbanan mereka yang memperjuangkan reformasi sebelum ini hanya sia-sia dan kini yang ada hanyalah Reformadey.

“Anwar sokong Mahathir. Dia sanggup lupakan luka kecil dia. Jibauk, luka rakyat lagi parah dikerjakan Mahathir. Kau ingat orang lawan Mahathir semata2 sebab kau ke? Perasan. Kau ingat tragedi memali tu orang luka kecil ke?,” tulis Muhamad Harris dalam Facebooknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.