Jangan ‘Rembat’ Laki Orang Kata Che Ta

“Muda atau tua tak penting.. yang penting jangan rembat laki oqang .. betui dak?,”kata Pelakon wanita popular, Rozita Che Wan.

Rozita atau Che Ta yang baru sahaja menjadi penghias muka hadapan sebuah akhbar tempatan bersama suaminya berkata secara kebetulan topiknya menyentuh tentang bahagia bersama suami.

Rentetan daripada artikel muka depan tersebut, Che Ta telah berkongsi keratan akhbar tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Tiba tiba kluaq pulak cover topik ni.

“Kita memang la jaga laki kita,tapi syaiton jugak berleluasa.. harap-harap jangan la sapa pulak dok rembat laki kami oiiiiii ,” tulis kapsyennya.

Rentetan daripada perkongsian Che Ta ini rata-rata netizen meninggalkan komen tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya.

Setuju che ta @rozitachewan1 …mmg kita dok jaga suami kita baik2 nahhh,…sorang x mlyn xjdi nahhh…sama2 naik…gatai sgt nak rembat suami oghang, meh che sndri simbah dgn cili blend baghu dia rasa…branilah dgn che buat nnt…geram sungguh!!! ..dh da bukti lagi nak tunjuk baikkkk,”tulis Aidanureen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.