GRO Gigit Polis Elak Ditangkap

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Rusia sanggup menggigit dan bertindak agresif semasa ditahan polis dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel tiga bintang di Jalan Tiong Nam, Chow Kit di sini kelmarin.

Dia yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di premis berkenaan bertindak demikian semasa cuba meloloskan diri, seperti memetik Kosmo.

Anggota polis itu yang digigit pada tangan kiri hanya luka kecil.

Serbuan pada pukul 8 malam itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi susulan aduan awam serta risikan yang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, hasil serbuan di tingkat lima hotel pihak polis menahan 22 GRO warga asing, enam pelanggan serta tiga penjaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.