Edisi Hot Wheels I Am Me Di 7 Eleven?

Sejak single I Am Me nyanyian usahawan selebriti Datuk Seri Hamiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) mencetuskan fenomena, yang terbaru pengguna laman sosial kecoh dengan ‘edisi istimewa Hot Wheels I Am Me’ pula.

Mula tular di laman sosial Facebook dan Instagram sejak tengahari kelmarin, koleksi istimewa keluaran Hot Wheels itu menggunakan kereta jenis Bentley berwarna putih dihiasi batu ala swarovski kuning dan merah jambu.

Kebanyakan ‘collectors’ mula berkongsi foto Hot Wheels edisi I am Me dan tertanya-tanya samada ia foto asli atau telah diedit.

“Ya, ia ada dijual di kedai serbaneka 7 Eleven! Hahahaha,” jawabnya menerusi aplikasi Whats App, lapor AstroGempak.

Bagaimanapun, ia hanyalah jawapan gurauan daripada DSV.

Kepada ‘collectors’ semua, jangan kecewa ya…Mungkin selepas foto tersebut tular, DSV akan memperoleh ilham dan merealisasikannya? Siapa tahu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.