Besi Penghadang Jalan Tusuk Dari Depan Kereta , Jururawat Maut

BESI penghadang jalan menusuk kereta dari depan hingga tembus ke belakang dalam kemalangan yang menyebabkan jururawat Hospital Kulim maut di Batu 7, Binjol, Jalan Baru Kulim-Baling, hari ini.

Dalam kemalangan 8.30 pagi itu, kereta dipandu Nur A’ishah Abu Hassan, 32, terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata Nur A’ishah dari Taman Wawasan, Baling, tersepit di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Saga itu.

Menurutnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari arah Kulim menghala Baling selepas selesai bertugas.

“Siasatan awal mendapati kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.