Baru Beli Ferrari Tak Sampai 2 Jam , Kereta Tersebut Hangus Akibat Kemalangan

SIAPA yang tidak bangga jika mampu membeli sebuah kereta mewah?

Pastinya kegembiraan dan kebanggaan itu mahu dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tetapi jika sudah tertulis bukan rezeki, makanan yang sudah berada di dalam mulut pun tidak akan sampai ke dalam perut.

Mungkin itu nasib yang menimpa seorang pemilik kereta Ferrari 430 Scuderia, yang baru sejam memiliki kereta mewah berkenaan.

Hasrat untuk membawa keluarga dan rakan-rakan meronda dengan kereta itu tidak kesampaian apabila ia musnah terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan.

Dalam kemaskini status di akaun Facebook, Jabatan Polis Sheffield, United Kingdom, berkongsi kisah malang yang menimpa pemilik kereta itu apabila kenderaan terbabit terbabas di satu persimpangan.

Tanpa mendedahkan identiti pemilik kereta itu, status berkenaan turut menjelaskan kemalangan berlaku dalam keadaan jalan licin, namun menyatakan kereta tersebut tidak dipandu laju.

Biarpun keretanya musnah terbakar, pemandunya bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!